View Article |
Persepsi ahli politik Pulau Pinang terhadap perlaksanaan dasar-dasar Islam di Pulau Pinang selepas PRU 12
Zulkifli Dahalan1, Mohd Hapiz Mahaiyadin2.
Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri yang dikuasai oleh pembangkang selepas pilihanraya umum ke 12 lalu. Kemenangan besar DAP (Democratic Action Party) membolehkan mereka menjadi peneraju utama kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang. Calon-calon berbangsa Melayu mewakili PAS (Parti Islam SeMalaysia) dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) tidak mencapai kemenangan yang memberansangkan. Akibatnya jumlah penyertaan orang Melayu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) agak sedikit berbanding sebelum ini ketika UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) bersama menjadi parti pemerintah. Situasi ini menimbulkan beberapa persoalan khususnya membabitkan kedudukan Islam dalam politik Pulau Pinang. DAP seringkali dikaitkan sebagai parti yang agak kuat mempelopori perjuangan bangsa tertentu dan berpandangan agak sinis terhadap Islam. Sehingga selepas pilihanraya media massa terus menerus mengaitkan secara negatif tokoh-tokoh DAP berhubung dengan Islam. Ia lebih merumitkan apabila kedengaran pihak yang begitu serius melahirkan kebimbangan berkaitan umat Islam dan Melayu. Penulisan ini bertujuan mengemukakan pandangan-pandangan pemimpin-pemimpin politik di Pulau Pinang mewakili pelbagai parti (secara bersilang), ketua-ketua agensi kerajaan berkaitan Islam dan juga tokoh-tokoh agama terhadap isu berkaitan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 510 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|