View Article |
Elemen sumbangan dalam pembahagian harta sepencarian: pengalaman kaum wanita Melayu di Malaysia
Mohd Anuar Ramli1, Mohd Norhusairi Mat Hussin2, Mohammad Aizat Jamaludin3.
Kaum wanita merupakan pelengkap kepada lelaki. Hubungan berbentuk damai ini, pada tingkatan positifnya telah menghasilkan satu ketetapan hukum “mesra gender” khususnya di Alam Melayu. Pada dasarnya, kaum wanita di Nusantara mengalami proses pembinaan sosio-budaya yang berbeza berbanding kaum wanita di kawasan lain. Di samping tugas hakiki mereka di ruang domestik, kaum wanita Melayu Islam turut terlibat dalam sektor perekonomian terutamanya dalam membantu suami memenuhi keperluan rumahtangga. Penyertaan ini selaras dengan kondisi iklim dan kawasan geografi Nusantara yang subur, aktiviti pertanian merupakan sektor ekonomi utama. Kesan daripada senario ini, wujud pepatah yang popular iaitu segendong sepikol. Ia merujuk kepada bentuk pembahagian harta antara suami isteri atau dikenali juga sebagai Harta Sepencarian. Pembahagian ini selari dengan sumbangan wanita sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu bebanan kewangan rumahtangga. Dengan itu, mereka mendapat bahagian hak kehartaan yang wajar sama ada 1/2, 1/3 dan seumpamanya sesuai dengan takat sumbangan. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini pihak yang bertikai cenderung memilih sulh sebagai jalan penyelesaian. Istimewanya, amalan ini hanya terdapat di kepulauan Melayu, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Oleh itu, artikel sosio-perundangan ini berusaha untuk meneliti elemen sumbangan wanita Melayu-Islam di Malaysia dalam kewangan rumahtangga yang mana akhirnya, mereka mendapat peruntukan hak tuntutan harta sepencarian di Malaysia.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 467 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|