View Article |
Pendidikan pelbagai budaya untuk merealisasikan negara bangsa '1 Malaysia': perspektif Islam dan barat
Zulkifli Dahalan1, Hazri Jamil2.
Artikel ini merupakan perbincangan umum tentang kepentingan pendidikan pelbagai budaya dalam konteks kehidupan masyarakat majinuk di Malaysia. Penulis juga membincangkan pandangan Islam dan Barat terhadap konsep kepelbagaian budaya dan peranan pendidikan claim memupuk kefahaman dan penerimaan kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Perbincangan ini adalah sebagai satu wacana pemikiran untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami dan menerima kepelbagaian dan perbezaan kepercayaan, agama, nilai norma serta budaya dalam kehidupan masyarakat moden di Malaysia. Beberapa pendekatan untuk menerapkan elemen-elemen pendidikan pelbagai budaya dalam sistem pendidikan sedia ada dicadangkan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman generasi muda tentang konteks kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 1534 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|