View Article |
Kepemimpinan orang bukan Islam dalam kerajaan Islam menurut perspektif fiqh
Mohd. Hapiz Mahaiyadin1, Roshaimizam Suhaimi2.
Kertas kerja ini menghuraikan tentang peranan rakyat bukan Islam dalam pentadbiran kerajaan. Mereka dianggap sebahagian daripada rakyat negara Islam yang menikmati hak dan keistimewaan di samping memikul tanggungjawab sama seperti orang Islam. Sebagai rakyat, mereka memperolehi pelbagai hak rakyat negara Islam termasuk hak berpolitik kerana mereka adalah rakan pembangunan negara dan tamadun Islam. Tamadun Islam mencatatkan berlakunya partisipasi rakyat bukan Islam dalam pentadbiran kerajaan sama ada sebagai pemimpin, pembantu atau guna tenaga pakar selain dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, dan kesihatan. Keadaan ini banyak terjadi pada zaman kerajaan Islam Umayyah, Abbasiyyah dan juga Uthmaniyyah. Namun penglibatan mereka mendapat perhatian para fuqaha' yang disorot daripada perspektif Fiqh. Penglibatan politik bukan Islam dibenarkan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat dan peraturan tertentu. Asas utama yang ditekankan ialah sejauh mana tercapainya faktor 'maslahah' umat Islam di sebalik penglibatan mereka dalam pentadbiran hal ehwal kenegaraan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 480 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|