View Article |
Adakah soalan ujian anda bagus?
Ch'ng Pei Eng1, Suzana Ab. Rahim2, Rushita Ismail3, Ch'ng Pei Cheng4.
Persoalan sering timbul di kalangan para pendidik terutamanya dalam aspek pembentukan soalan-soalan ujian. Adakah soalan yang dibentuk merupakan soalan yang baik? Bagaimana kita dapat menilai tahap kesukaran soalan-soalan ujian yang dibentuk? Adakah soalan-soalan tersebut dapat membezakan individu yang mengetahui daripada individu yang tidak mengetahui tentang sesuatu konsep?
Kajian ini mempakan suatu pengaplikasian kaedah kuantitatif untuk menganalisis setiap soalan dari segi tahap kesukarannya dan indeks diskriminasinya. Software ITEMAN digunakan dalam kajian mi. Ini kerana ITEMAN menggunakan kaedah statistik yang termudah untuk membuat penganalisaan. Penggunaan ITEMAN ini seharusnya diperluaskan kerana ia merupakan suatu sistem penilaian yang dapat berfungsi sebagai suatu garis panduan semasa proses pembentukan soalan-soalan. Dan segi yang lain pula, sistem ini dapat memberi gambaran secara terperinci tentang taburan skor yang dicapai oleh kumpulan pelajar tahap tinggi dengan taburan skor yang dicapai oleh kumpulan pelajar tahap rendah mengikut soalan.
Kertas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara penggunaan software ITEMAN dan juga cara membuat tafsiran terhadap output yang diperolehi. Diharapkan dengan pendedahan ini, dapat memanfaatkan para pendidik dalam proses pembentukan soalan-soalan ujian yang lebih berkualiti.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 404 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|