View Article |
Pengkelasan gaya pembelajaran pelajar Kejuruteraan UiTM Pulau Pinang menggunakan model gaya pembelajaran felder—silverman
Azmi Mohd Yusof1, Rozita Kadar2.
Model pembelajaran Feldel-Silverman telah digunakan untuk men gkaji dan men gkelaskan gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan UiTM Pulau Pinang. Kajian ini mensasarkan untuk melihat dominasi dimensi personaliti gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan menggunakan Indeks Gaya Pembelajaran Felder-Solomon. Gaya pembelajaran setiap pelajar didapati berbeza mengikut gender, kursus yang diikuti dan juga latar belakang pendidikan yang diterima sebelum mengikuti pen gajian di universiti. Pelajar kejuruteraan didapati mempunyai gaya pembelajaran jenis active bagi dimensi pertama, sensing bagi dimensi kedua, visual bagi dimensi ketiga dan sequential bagi dimensi keempat. Daripada keseluruhan gaya belajar tersebut didapati pelajar UiTM P.Pinang mempunyai kecenderungan yang kuat bagi gaya visual. Ujian keboleharapan (reliability) menggunakan pemalar Cronbach's Alpha juga men unjukkan konsistensi signifikan di antara keempat-empat dimensi gaya pembelajaran. Model Felder-Silverman dapat digunakan untuk membantu instruktor di bidang pendidikan kejuruteraan bagi memahami gaya belajar pelajar kejuruteraan dan sebagai alat untuk mereka bentuk kaedah pen gajaran supaya menjadi lebih berkesan.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Download this article (This article has been downloaded 524 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|