View Article |
Persepsi pelajar terhadap kredibiliti pensyarah Pendidikan Islam: satu kajian
Che Hastina Abdullah1, Zulkefli M ohamad2, Sili Khalijah Majid3, Saharani Abdul Rashid4.
Pensyarah merupakan elemen penting dalam menjayakan inspirasi sesebuah institusi pengajian tinggi untuk mencapai misi dan visi dengan menumpukan peranannya sebagai penYllmbang (input provider) sumber keilmllan serta menjadi model contoh yang terbaik. Sama ada disedari atau tidak, persepsi
pelajar di dalam menilai kredibiliti pensyarahnya memberikan impak yang serius terhadap penerimaan mereka kepada "gurunya". Krileria ini menjadi begitu penting sehingga ia bolelt mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi. Fokus IItama kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana pelajar menilai kredibiliti pensyarah Pendidikan Islam sebagai seorang pendidik yang berperanan membimbing dan membentuk anak didiknya menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat. Sebanyak 201 set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar UiTM Kampus Jengka. Soalan-soalan yang dikemukakan merangkumi empat dimensi ulama iaitu kompetensi, dinamisme, kepercayaan dan perlakuan semasa pensyarah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
peratusan yang tinggi menyokong bahawa pensyarah Pendidikan Islam mempunyai kredibiliti yang tinggi.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 464 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|