View Article |
Kepekatan Mn dan Fe dalam Teras Sedimen di Perairan Sarawak dan Sabah
Zal U’yun Wan Mahmood1, Zaharudin Ahmad2, Che Abd. Rahim Mohamed3.
Teras sedimen diambil di lapan stesen sepanjang perairan Sarawak dan Sabah dengan menggunakan kotak teras graviti pada Julai 2004. Teras sedimen dipotong pada sela ketebalan 2 cm untuk pengukuran kepekatan Mn dan Fe dengan menggunakan Spektrometer Jisim-Plasma Berpasangan Terinduksi (ICP-MS). Secara keseluruhannya, teras sedimen yang diambil di semua stesen pensampelan mengandungi banyak komposisi lumpur yang terdiri daripada campuran kelodak (46 – 67%) dan lempung (18 – 53%) berbanding pasir (0.4 – 16%). Kepekatan Mn dan Fe yang diperolehi adalah berubah-ubah di semua stesen masing-masing dengan julat 154 – 366 μg/g dan 0.9 – 3.4%. Perubahan ini telah dibuktikan oleh ANOVA yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.000) untuk kedua-dua kepekatan Mn dan Fe di semua stesen pensampelan. Merujuk kepada julat tersebut, kepekatan Fe adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatan Mn. Dalam hal ini, proses pemelarutan dan pencairan dipercayai akan mempengaruhi kepekatan Mn dalam turus air dan sedimen. Fe menunjukkan hubungan yang signifikan (r > 0.5, p < 0.01) dengan Mn di semua stesen kajian kecuali SR 03, yang menggambarkan bahawa kewujudan Fe dan Mn adalah secara semulajadi di dalam turus air. Manakala pengelasan Müller pula membuktikan teras sedimen yang diambil di 8 stesen sepanjang perairan Sarawak dan Sabah tidak tercemar dengan kandungan Fe dan Mn dengan indeks geoakumulasi, Igeo < 1 dan pengelasan 0 - 1.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Malaysia Nuclear Agency, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|