View Article |
Penggunaan buku cerita bertahap dan kesannya terhadap pemunculan literasi kanak-kanak
Zainiah Mohamed Isa1.
Penyediaan bahan bacaan mengikut tahap bacaan kanak-kanak adalah amat penting. Ini bukan hanya meudahkan pembacaan kanak-kanak tetapi juga menggalakkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di prasekolah terdapat kanak-kanak yang berbeza tahap pembacaannya iaitu tahap pembaca baru (tahap 1), pembaca awal (tahap 2) dan pembaca maju (tahap 3); perlulah disediakan buku-buku bagi pembaca di tahap-tahap tersebut. Kajian eksperimen ini adalah untuk melihat kesan penggunaan buku cerita yang telah diperingkatkan untuk pembaca tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 terhadap pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Sebanyak 40 sampel kanak-kanak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan. Buku cerita dibacakan secara kuat kepada kanak-kanak selama 20 minit sehari selama 6 minggu. Hasil dapatan secara ujian t menunjukkan terdapat perbezaan di antara kumpulan rawatan dan kawalan dari segi tahap pemunculan literasi mereka. Dapatan secara keseluruhan bagi Peningkatan Pemunculan Literasi Tahap menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap setiap komponen dalam pemunculan literasi; Tahap 1: konsep cetakan (0.030), strategi membaca (0.043), fonemik dan fonetik (0.015) dan kefahaman (0.013). Tahap 2: konsep cetakan (0.001), strategi membaca (0.001), fonemik dan fonetik (0.001) dan kefahaman (0.001). Tahap 3: strategi membaca (0.084), kefahaman (0.001) dan kelancaran ( 0.003).
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 520 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|