View Article |
Peranan kecerdasan emosi dan faktor ciri-ciri pekerjaan ke atas kepuasan bekerja dalam profesion perguruan
Syed Sofian Syed Salim1, Ahmad Jazimin Jusoh2, Mohammad Nasir Bistaman3, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip4, Muhammad Bazlan Mustafa5, Rohany Nasir6.
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat peranan kecerdasan emosi (ei) ke atas kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kedua, kajian ini melihat kesan interaksi ei dengan faktor ciri-ciri pekerjaan seperti kawalan kerja, kepentingan kerja dan kepelbagaian kemahiran ke atas kepuasan bekerja. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 1200 orang guru dari 60 buah sekolah di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Dua jenis alat ukuran digunakan iaitu Emotional Competence Inventory (ECI) untuk mengukur ei dan Job Diagnostic Survey (JDS) mengukur kepuasan bekerja dan ciri-ciri pekerjaan. Dapatan kajian melalui analisis korelasi Pearson menunjukkan ei mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pemboleh ubah kepuasan bekerja. Manakala analisis ANOVA dua hala pula menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan antara ei dengan ciri-ciri pekerjaan ke atas pemboleh ubah kepuasan bekerja. Dari segi sumbangan pula dapatan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan emosi berupaya memberikan sumbangan yang positif dan signifikan ke atas kepuasan bekerja. Selain itu persekitaran kerja yang tinggi dapat meningkatkan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah. Kesimpulannya kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak Kementerian Pelajaran betapa pentingnya kecerdasan emosi dalam membantu meningkat kepuasan bekerja dalam kalangan para guru. Oleh itu pihak Kementerian perlulah mengambil langkah-langkah positif dan segera seperti menganjurkan kursus-kursus yang berterusan agar setiap guru dapat menyertainya. Ini kerana kecerdasan emosi boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa memandangkan kecerdasan emosi bukanlah dipengaruhi oleh faktor genetik. Selain itu ia juga dapat memberi gambaran mengenai keperluan melakukan penyesuaian dan perubahan persekitaran organisasi perguruan dan ciri-ciri pekerjaan dalam memberikan kepuasan bekerja dalam kalangan guru.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 451 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|