Masyarakat Muslim Melayu Cham di Vietnam: kajian mengenai isu dan cabaran dalam pemikiran Islam era globalisasi
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali1, Ahmad Zuhdi Ismail2, Jasamad Han @ Phu Van Han3.
Penyelidikan mengenai Islam dan Muslim di Vietnam memang menarik untuk diketahui dan dikongsi kaum Muslimin di rantau ini dan di dunia Islam kerana beberapa alasan.Secara khusus,ini adalah kerana ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dari segi sejarah dengan masyarakat Muslim Melayu di alam Melayu khususnya Malaysia sejak abad-abad terawal kedatangan Islam ke rantau ini sama ada dalam konteks keagamaan, kebudayaan dan selainnya. Ia bermatlamat untuk melihat pelbagai persoalan seperti sumber, metodologi, isu-isu utama dalam bidang Pemikiran Islam yang dihadapi masyarakat muslim Melayu Cham. Selanjutnya, cabaran dan bentuknya, sama ada dalaman, luaran, top-down, bottom-up dan sebagainya. Kajian ini akan melibatkan dua kaedah atau metodologi kajian iaitu kajian perpustakaan (library research) dan kajian lapangan (fieldwork). Secara ringkasnya, dapatan kajian memperlihatkan bahawa Islam dan masyarakat Muslim Melayu di Vietnam menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang berat dalam era globalisasi kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran yang memungkinkan mereka terpaksamenghadapinya sama ada suka ataupun duka, dan menyelesaikannya dengan cara dan kaedah yang bersesuaian untuk survival mereka pada jangka masa pendek mahupun panjang.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Southern Institute of Social Sciences, Vietnam
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 589 time(s))