View Article |
Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Sains sekolah rendah dalam mengajarkan pemikiran sains keusahawanan: satu kajian kes
Muhammad Syukri1, Lilia Halima2, T. Subahan Mohd. Meerah3, Nor Aishah Buang4.
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk menentukan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) serta komponennya yang diaplikasikan oleh guru sains semasa mengajarkan pemikiran sains keusahawanan dengan berbantukan modul pemikiran sains keusahawanan (PeSaK). Penerapan pemikiran sains keusahawanan merupakan suatu usaha untuk mengorientasi pelajar sains menggunakan pengetahuan saintifik dalam aplikasi kehidupan menerusi pemikiran pemikiran kreatif dan inovatif termasuk yang berorientasikan pemikiran keusahawanan. Dua guru sains yang mempunyai latar belakang pengetahuan dan pengalaman dalam menggunakan modul PeSaK semasa pengajaran sains di sekolah rendah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data kualitatif dianalisis melalui enam tahap pemikiran pedagogi dalam model penalaran Shulman (kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian, refleksi, dan kefahaman baru) serta mengikut setiap langkah modul PeSaK (observe, new idea, innovation, creativity, dan society). Didapati bahawa komponen PPIK yang selalu diaplikasikan oleh kedua-dua guru semasa mengajarkan modul PeSaK adalah komponen pengetahuan tentang pelajar. Manakala komponen PPIK yang paling jarang diaplikasikan adalah komponen pengetahuan konteks. Untuk komponen pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi kandungan pula didapati pengaplikasiannya pada semua langkah modul PeSaK tetapi tidak pada semua tahap model penalaran Shulman. Dari dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai pelajar merupakan salah satu komponen penting PPIK dalam mengajarkan pemikiran sains keusahawanan pada sekolah rendah. Dapatan ini juga turut menyokong beberapa kajian lepas yang telah mendapati bahawa pengetahuan mengenai pelajar merupakan salah satu pengetahuan utama yang harus dimiliki oleh seseorang guru dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar dalam pembelajaran sains.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 169 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|