View Article |
Pengaktifan gen pelapor di dalam tumbuhan transgenik tomato melalui kaedah agro-infiltrasi vektor penandaan tanpa promoter
Safarina Ahmad1, Ismanizan Ismail2, NurulFarhana Zakaria3, Zamri Zainal4.
Kajian ke atas kaedah inokulasi eksplan menggunakan vektor penandaan tanpa promoter, pCAMDIN ke atas tomato varieti tempatan MT1, bagi tujuan mutagenesis penyelitan T-DNA menggunakan kaedah infiltrasi agro telah dijalankan. Bahagian daun muda disuntik dengan larutan yang mengandungi Agrobacterium tumefaciens, 100 mg/l Str, 50 mg/l Kan, 10mM MES dan 100 μM Acetosyringone. Infiltrasi dilakukan ke atas sampel daun dengan menggunakan medium LB, bahagian permukaan daun dilukakan dan infiltrasi agro dilakukan ke atas sampel daun pokok tomato yang berada di dalam rumah kaca. Tisu yang diinfiltrasi tidak mengalami kecederaan dan kekal hijau selepas 5 hari. Infiltrasi yang
mudah dilakukan dan pengekspresan transien GUS yang dapat dicerap berlaku pada sampel yang dianalisa adalah antara kebaikan kaedah ini. Seterusnya, fragmen gen gus telah berjaya diamplifikasi. Kejayaan integrasi gen gus ke dalam tomato juga dapat dilihat melalui penghibridan Southern. Berdasarkan keputusan ini, dapat dicadangkan bahawa penyelitan transgen daripada vektor rekombinan pCAMDIN telah berlaku dalam genom tomato.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|