Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Tahap kemahiran generik pelajar dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu
Zamri Mahamod1, Noor Syazwani Roni2.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik murid ketika mempelajari Kesusasteraan Melayu (KM). Antara elemen kemahiran generik yang ingin dikenal pasti ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan, dan pemikiran kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan kemahiran generik berdasarkan jantina. Seramai 295 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran KM sebagai subjek elektif di daerah Tumpat, Kelantan dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 18 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran generik murid berada di tahap yang sederhana. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik dengan jantina murid t (295) =2.236, p<0.05. Implikasi kajian ialah guru perlu menerapkan kemahiran generik ke dalam diri murid supaya mereka dapat mempersiapkan diri untuk bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kelak.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 160 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|