Articles uploaded in MyJurnal |
|
|
View Article |
Model ekonomi sufi Imam Al-Ghazali
Mif Rohim1, al-Kindelya, Surtahman Kastin Hasan2.
Model merujuk kepada contoh mudah dan ringkas bagi menggambarkan keadaan interaksi dalam dunia yang sebenar. Ia dibina bagi memudahkan memahami perhubungan atau perjalanan sesuatu bahagian dalam fenomena alam sama ada secara semula jadi atau terancang. Setelah jatuhnya krisis Amerika dan sekutunya melalui konsep kapitalis liberal berkesan terhadap dunia global, maka muncul berbagai konsep ekonomi dengan nama Islam di negara-negara majoriti penduduk muslim, namun anehnya konsep ekonomi Islam yang dirumuskan oleh pakar ekonomi Islam dan ahli hukum Islam tidak berimpak positif, namun tidak berbeza dengan konfensional dan akan berdampak negatif dalam kehidupan masyarakat secara global. Oleh kerana itu, kajian ini akan mendedahkan model ekonomi sufi Imam Gazali yang dibina menggunakan pendekatan zuhud bagi menghubungkan antara tasawuf dan ekonomi (harta dunia). Peringkat-peringkat zuhud dengan beberapa petandanya seperti meninggalkan segala yang syubhah, meninggalkan pencarian yang melalaikan, memenuhi keperluan secara sederhana dan seterusnya mencari sekadarnya dunia-harta akan digunakan sebagai objek penting dalam model tersebut. Di samping itu, satu maqamat penting dalam tasawuf, akan memaparkan bagaimana zuhud berperanan dalam mempengaruhi corak gelagat manusia dalam mencari dan mengguna harta dalam model ekonomi yang kami namakan sebagai model ekonomi sufi.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universitas Hasyim Asy'ari, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 108 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q3 (Engineering (all)) |
Additional Information |
SJR (0.191) |
|
|
|
|
|