View Article |
Hubungan anemia dengan status kognitif dan kefungsian warga tua di Rembau, Negeri Sembilan
Norliyana Aris1, Suriah Abdul Rahman2, Norshazila Shahidan3.
Prevalens anemia dan status pemakanan telah dinilai di kalangan 88 warga tua Melayu yang berumur 60 hingga 85 tahun (min umur 69.8 ± 6.0 tahun) dari empat buah kampung di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Selain itu, hubungan antara hemoglobin dengan nutrien, status kognitif dan status fungsi turut dinilai. Subjek ditemubual untuk mendapatkan maklumat demografi dan pengambilan makanan. Status kognitif dinilai menggunakan Elderly Cognitive Assessment Questionnaire (ECAQ) manakala status fungsi dinilai menggunakan Instrumental Activity Daily Living (IADL) dan ujian kekuatan genggaman tangan. Aras hemoglobin ditentukan dengan menggunakan kaedah HemoCue. Hasil kajian
menunjukkan prevalens anemia bagi kajian ini adalah sebanyak 22.7%. Prevalens anemia bagi subjek lelaki adalah sebanyak 30.0% dengan min hemoglobin 11.7 ± 1.0 g/dL manakala 20.6% subjek perempuan mengalami anemia dengan min hemoglobin 11.2 ± 0.5 g/dL. Ujian ECAQ menunjukkan 21.6% subjek mengalami gangguan kognitif dengan prevalens yang tinggi bagi subjek kumpulan umur tua-tua (57.9%) berbanding kumpulan umur tua-muda (11.6%). Hasil penilaian status fungsian pula mendapati purata skor IADL subjek adalah 11 ± 3 dengan skor IADL adalah lebih rendah di kalangan subjek kumpulan umur tua-tua (9 ± 4) berbanding subjek kumpulan umur tua-muda (12 ± 2). Sementara itu, purata kekuatan genggaman tangan keseluruhan subjek adalah 16.8 ± 8.7 kg (14.2 ± 8.4 kg purata kekuatan genggaman tangan bagi kumpulan umur tua-tua dan 17.6 ± 8.7 kg bagi kumpulan umur tua-muda). Hasil analisis pengambilan makanan menunjukkan purata pengambilan kalori bagi subjek lelaki (1310 ± 448 kcal/hari) dan subjek perempuan (1180 ± 300 kcal/hari) tidak memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Walaupun pengambilan kalori tidak mencapai RNI, pengambilan nutrien seperti ferum, niasin dan vitamin A didapati melebihi RNI. Korelasi antara hemoglobin dengan
nutrien hanya ditunjukkan dengan kalori (r=0.486, p=0.048). Selain itu, tidak wujud korelasi antara hemoglobin dengan skor ECAQ dan IADL namun wujud korelasi dengan kekuatan genggaman tangan (r=0.265, p=0.013). Sebanyak 22.7% kes anemia dilaporkan dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, korelasi hanya berlaku di antara hemoglobin dengan pengambilan kalori dan kekuatan genggaman tangan. Anemia di kalangan warga tua akan meningkatkan ketakupayaan fizikal warga tua untuk hidup dengan lebih bebas.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Darul Iman Malaysia , Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|