View Article |
Penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia
Duratul Ain Hussin1, Rokiah Omar2, Knight, Victor Feizal3.
Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di peringkat awal adalah amat penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penyebab masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah. Seramai 479 orang kanak-kanak tadika yang berumur 4-6 ± 0.69 tahun (min=5.3 tahun) di Sitiawan, Perak, Malaysia telah dipilih secara rawak. Mereka menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan. 52% kanakkanak terdiri daripada lelaki dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Melayu merupakan kumpulan bangsa terbesar (59.9%), diikuti Cina (30.1%), India (9.6%) dan lain-lain (0.4%). Daripada 43 orang yang gagal saringan penglihatan, 32 (6.7% dari kumpulan subjek asal) orang disahkan mempunyai masalah penglihatan. Penyebab utama masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah dalam kajian ini ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular (0.8%). Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Institut Sukan Negara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|