View Article |
Keberkesanan perkhidmatan PSP dalam kaedah CCC bagi pensijilan bangunan di negeri-negeri maju di Malaysia
Rohayati Zakaria1, Adi Irfan Che Ani2, Azlan Shah Ali3.
Sebelum tahun 2007, bangunan yang telah siap dibina hanya boleh dimasuki atau diduduki apabila Sijil Kelayakan Menduduki atau Certificate of Fitness (CF) dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemaju atau pemilik. Kebiasaannya pemaju mengalami kesukaran untuk mendapatkan CF kerana pelbagai sebab dan alasan. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baru iaitu Certificate of Completion And Compliance (CCC) merupakan Sijil Perakuan yang dikeluarkan oleh para Profesional yang dilantik. Di bawah kaedah CCC ini, para Profesional yang dimaksudkan adalah “Orang Utama yang Mengemukakan Permohonan” atau dikenali sebagai Principle Submitting Person (PSP). Oleh itu, kertas ini membincangkan pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi perkhidmatan PSP dari aspek keselamatan dan keselesaan bangunan yang dibina kerana PSP adalah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia sesuatu projek pembangunan di peringkat sebelum, semasa dan selepas projek tersebut siap. Data kuantitatif diperolehi daripada 337 responden yang terdiri daripada Arkitek-Arkitek di Negeri Selangor dan Melaka. Hasil analisis data menunjukkan enam pembolehubah yang perlu diberi perhatian serius bagi PSP melaksanakan tugasnya dengan baik dan berkualiti. Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah kredibiliti PSP, pengetahuan dan kepakaran PSP, akauntibiliti PSP, konflik kepentingan, sistem maklumat dan birokrasi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|