Pola efikasi guru-guru novis sekolah menengah
Khalid Johari1.
Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras efikasi guru dalam kalangan guru-guru novis yang mengajar di 21 buah sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Di samping itu, perbezaan efikasi guru mengikut jantina, jenis latihan guru dan subjek pengajaran juga dikaji. Data dikumpul menggunakan “Teacher Sense of Efficacy Scale” daripada 176 guru novis di 21 buah sekolah. Dapatan menunjukkan min efikasi guru novis berada pada aras sederhana tinggi, dengan lebih memberi tumpuan terhadap pengurusan kelas. Dapatan menunjukkan efi kasi guru adalah berbeza secara signifikan mengikut jantina, jenis latihan guru dan subjek pengajaran. Jenis latihan guru didapati lebih utama dalam menyumbang perbezaan ke atas efikasi guru berbanding jantina dan subjek pengajaran. Kajian
ini mencadangkan agar guru-guru novis diberi ruang yang lebih luas dalam meningkatkan tahap profesionalisme guru.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 545 time(s))