View Article |
Satu kajian kaedah rawatan sihir di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia
Khadher Ahmad1.
Masyarakat Muslim Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang moden. Namun, realitinya dalam kehidupan sebahagian mereka masih banyak amalan khurafat yang dipraktikkan. Amalan sihir menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu yang dilakukan oleh pihak yang ingin membalas dendam terhadap individu yang tidak disukai. Melalui pendekatan analisis deskriptif dan komparatif, artikel ini akan mengetengahkan isu-isu dalam kaedah rawatan sihir di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia dan membandingkannya dengan pendekatan rawatan Islam yang sebenar menurut amalan Nabi Muhammad S.A.W. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat dua puluh kaedah dan pendekatan rawatan yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam di Malaysia. Namun, dalam amalan rawatan Nabi Muhammad S.A.W, hanya terdapat tujuh pendekatan dan kaedah sahaja yang digunakan oleh Baginda untuk merawat sihir, iaitu, (1) Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan, (2) Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya, (3) Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir, (4) Kaedah Ruqyah Ke Atas Mangsa Sihir (Termasuk Melakukan al-Nushrah Yang Dibenarkan), (5) Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah, (6) Kaedah Tepukan (Menepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan), dan (7) Kaedah Mandi.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 37303 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|