View Article |
Pembentukan konsep destinasi mesra pelancong: konsep berorientasikan pelancong sebagai pengguna
Ahmad Nazrin Aris Anuar1, Habibah Ahmad2, Hamzah Jusoh3, Mohd Yusof Hussain4.
Destinasi mesra pelancong merupakan satu konsep yang memberi kepuasan kepada pelancong melalui hubungan dan penggunaan maksimum aspek ruang, aktiviti serta produk tanpa sebarang gangguan dan permasalahan. Ia dilihat sebagai satu konsep yang berorientasikan pengguna di mana pelancong dianggap sebagai pengguna utama dalam sesuatu destinasi pelancongan. Oleh kerana kajian mengenai konsep destinasi mesra pelancong amat terhad dan berasaskan sektor-sektor tertentu sahaja, ia memberi impak serta meninggalkan jurang pengetahuan dan kelompongan ilmu, disamping turut menimbulkan kekeliruan ke atas penggunaan konsep destinasi mesra pelancongan tersebut. Sehubungan itu, kajian ini merupakan satu kertas konsep yang bertujuan untuk mengenalpasti elemen melalui pendekatan sistem pelancongan yakni penggunaan aspek ruang, aktiviti serta produk yang mendasari pembentukan konsep destinasi mesra pelancong. Hasil dari kajian ini telah mengenalpasti lima elemen dari aspek ruang, empat elemen dari aspek aktiviti dan lima elemen dari aspek produk yang dapat membentuk konsep destinasi mesra pelancong sebagai satu konsep berorientasikan pelancong sebagai pengguna. Melalui kajian ini di harapkan pihak berkepentingan dapat membentuk konsep destinasi mesra pelancong melalui elemen dari pendekatan sistem pelacongan selaras dengan usaha mewujudkan satu konsep destinasi mesra pelancong yang relevan mengikut permintaan serta kehendak pelancong.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 475 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|