View Article |
Kaedah pengajaran dan pembelajaran asas jawi bagi kanak-kanak prasekolah
Norizan Mat Diah1, Nor Azan Mat Zin2.
Kurangnya penggunaan tulisan Jawi dan tanggapan bahawa Jawi sukar dipelajari membuatkan generasi muda kini mula melupai tulisan ini. Kemahiran menulis Jawi bagi kanak-kanak sepatutnya bermula pada peringkat prasekolah. Kanak-kanak lingkungan usia ini boleh membentuk huruf asas Jawi dan juga mampu membaca sebahagian suku kata asasnya. Walaupun tulisan Jawi telah lama wujud di negara kita, namun kajian mengenai proses menulis huruf Jawi dan kaedah melatih kemahiran tersebut masih kurang. Berpandukan kajian lepas berkaitan tulisan lain seperti tulisan Rumi, Cina dan India, proses menulis huruf asas Jawi telah dapat dikenal pasti. Dapatan soal selidik terhadap guru turut mengesahkan proses yang telah dikenal pasti. Proses menulis huruf Jawi ialah menyurih, menyalin dan mencetak huruf. Kaedah latihan pula adalah secara pengulangan, memberi maklum balas dan aktiviti pengukuhan. Kesemua proses dan aktiviti yang dikenal pasti merupakan elemen penting dalam pendidikan menulis huruf Jawi bagi kanak-kanak prasekolah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 622 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|