View Article |
Analisis pengaruh unsur fiqh tempatan dalam kitab Al-Sirat Al-Mustaqim karya Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri
Jamalluddin Hashim1, Abdul Karim Ali2, Hasanulddin Mohd3.
Makalah ini bertujuan meneliti pengaruh unsur fiqh tempatan yang terdapat dalam penulisan manuskrip kitab al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri. Al-Sirat al-Mustaqim merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara. Seorang orientalis Barat pernah mendakwa bahawa karya ulama Melayu lebih berbentuk terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada kitab fiqh klasik yang ternama pada masa itu. Maka, matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah kebenaran dakwaan tersebut dengan menjadikan kitab al-Sirat al-Mustaqim sebagai teks kajian. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan tumpuan terhadap data berasaskan manuskrip al-Sirat al-Mustaqim. Data diproses secara kualitatif mengikut tema khusus berdasarkan ilmu sejarah dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan wujudnya beberapa isu fiqh tempatan yang yang dinyatakan oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri dalam kitab al-Sirat al-Mustaqim. Penemuan ini membuktikan dan menunjukkan kepekaan beliau sebagai ulama terhadap suasana kehidupan masyarakat Melayu yang melibatkan hukum-hakam syarak. Hal ini secara tidak langsung menolak dakwaan orientalis tersebut.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 163 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|