View Article |
Perkembangan dan perubahan struktur persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak
Nurulakmal Abdul Wahid1.
Gendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidikan ini dapat memberi informasi serta pemahaman tentang seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 195 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|