View Article |
Penggunaan azimat pelaris perniagaan menurut perspektif akidah Islam
Mohd Nizam Sahad1.
Fenomena penggunaan pelaris dalam kalangan peniaga Melayu dilihat amat meluas. Pelaris yang menjadi tumpuan perbahasan dalam makalah ini ialah pelaris yang mengandungi ciri mistikal yang melibatkan alam ghaib dan ilmu kearifan tempatan yang hanya diketahui oleh segelintir pengamalnya. Sebagai contoh, penggunaan azimat, tangkal, “ibu duit” dan wafak serta gambar orang soleh yang dianggap mempunyai kuasa melariskan perniagaan mereka. Makalah ini bertujuan mengkaji fenomena penggunaan pelaris tersebut dalam kalangan peniaga Melayu dengan menjadikan akidah Islam sebagai kayu ukur bagi menganalisis sama ada penggunaan pelaris tersebut bercanggah atau tidak dengan ajaran Islam. Kajian kepustakaan dilakukan bagi memperoleh data mengenai perspektif akidah Islam terhadap pelaris, manakala kajian lapangan yang melibatkan temu bual dan pemerhatian dilakukan terhadap informan kajian di premis perniagaan di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat segelintir peniaga Melayu yang masih menggunakan pelaris daripada jenis wafak, azimat dan gambar orang soleh. Mereka mempercayai pelaris ini dapat melariskan perniagaan yang diusahakan mereka. Kajian juga mendapati bahawa kepercayaan terhadap pelaris semata-mata tanpa menghubungkan bahawa hakikat yang memberi rezeki ialah Allah dapat menjejaskan akidah Islam dan membawa kepada dosa mensyirikkan Allah.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 198 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|