View Article |
Penyelidikan multidisiplin: mensejagatkan bahasa Melayu di pentas dunia
Nor Hashimah Jalaluddin1.
Makalah ini akan memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu dapat terus maju dan berdaya saing dengan memanfaatkan teknologi pada hari ini. Pendekatan pelbagai disiplin membawa nafas baharu terhadap pengkajian bahasa Melayu. Kajian bandingan antarbahasa dapat meluaskan perspektif kita dalam memahami bahasa dan budaya luar. Integrasi teknologi maklumat dan bahasa telah membawa kepada dunia korpus. Pelibatan perubatan dalam kajian tuturan menghasilkan kajian terapi tuturan. Kemudahan teknologi Geographical Information System (GIS) dapat digandingkan dengan linguistik, iaitu dengan aplikasi dalam kajian dialek. Teknologi ini digunakan bagi melakar peta, menghuraikan penyebaran bunyi dan membentuk isoglos. Dialek geografi yang terhasil lebih tepat dan meyakinkan. Penyelidikan yang bersifat multidisiplin ini akan dapat mensejagatkan penyelidikan bahasa Melayu setanding dengan bahasa lain di dunia. Kesemua ini membawa kepada pemahaman kesejagatan bahasa agar bahasa kebangsaan kita terus relevan dengan perubahan zaman.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 153 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|