View Article |
Analisis penyerakan isyarat gelombang mikro elemen gelung segi tiga dari pelbagai jenis filem pengalir lutsinar pada jalur-ku
Arshad Selamat1, Norbahiah Misran2, Mohd Fais Mansor3, Mohammad Tariqul Islam4.
Kajian mengenai perbandingan penyerakan isyarat gelombang mikro jalur-Ku
dari satu reka bentuk elemen berbentuk gelung
segi tiga yang diperbuat dari pelbagai jenis fi lem lutsinar bersifat pengalir dibincangkan dalam kertas kerja ini. Dalam
kajian ini, empat jenis fi lem lutsinar telah digunakan, iaitu Kapton, ITO, AgHT-4 dan AgHT-8. Setiap fi lem ini kemudiannya
diletakkan di atas panel kaca suria dan diikuti dengan lapisan RT/Duroid 5880 sebagai dasar. Elemen ini telah direka
untuk beroperasi pada julat frekuensi jalur-Ku
. Keputusan simulasi yang diperolehi dari perisian CST studio gelombang
mikro menunjukkan bahawa elemen diperbuat dari fi lem Kapton telah mempamerkan keputusan yang sangat baik. Julat
fasa lelurusnya mencapai 361°, manakala kecerunan fasanya sangat rendah dengan nilai 0.063°/μm telah diperolehi.
Didapati juga bahawa elemen yang beroperasi pada frekuensi duaan ini boleh mencapai lebar jalur sebanyak 15.2% dan
amat sesuai dijadikan elemen antena tatasusun pantulan solar untuk aplikasi-aplikasi di atas permukaan bumi.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 115 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|