View Article |
Prinsip asas sains forensik dari perspektif Islam: suatu sorotan literatur
Ahmad Syukran Baharuddin1, Aminuddin Ruskam2, Abdul Rahim Yacob3.
Prinsip-prinsip asas sains forensik lazimnya hanya diaplikasikan secara terus di dalam bidang penyiasatan. Prinsip asas ini masih lagi relevan untuk digunakan pada masa kini. Kajian berhasrat meneliti prinsip asas sains forensik dari perspektif Islam. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti aplikasi prinsip sains forensik dalam kes-kes yang diriwayatkan dalam sumber-sumber primer berkaitan kes melibatkan undang-undang dalam Islam, menghuraikan persamaan yang terdapat dalam aplikasi prinsip tersebut dengan kes-kes dalam sejarah Islam serta menghuraikan perkaitan prinsip-prinsip tersebut dengan undang-undang Islam. Kajian menggunakan metodologi pengumpulan data secara dokumentasi dan data dianalisis secara historis, induktif dan deduktif. Hasil dapatan kajian adalah, prinsip asas forensik selari dengan kes-kes yang direkodkankan dalam sejarah Islam, dan ia mempunyai nilai yang tinggi menurut perspektif fiqh dan prinsip asas sains forensik mampu membantu dalam merealisasi maqāsid al-Shari’ah sebagai mukammilat dalam pensyariatan uqubat. Syor kajian ialah skop sains forensik perlu diterjemah dengan bidang yang lebih luas dari amalan sekarang.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 435 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|