View Article |
Pengaruh zikrullah pada manusia menurut perspektif sains
Iskandar1, Mif Rohim Noyo Sarkun2.
Zikrullah sebagai amalan untuk menguruskan jiwa masih diperbincangkan sampai hari ini. Pembahasan tersebut mempersoalkan apakan zikrullah sebaiknya dilakukan secara bersuara atau sir. Penulis tidak menggunakan kedua pendekatan tersebut, namun memilih pendekatan sains untuk melihat bagaimana pengaruh zikrullah pada manusia. Nama Allah masih lagi paling banyak diucapkan berbanding dengan sebutan nama sembahan yang lain. Apatah lagi seluruh kata-kata dalam doa mahupun zikir selalu dihubungkaitkan dengan nama Allah. Meskipun dalam Kitab Fathurrahman pada muka surat 523 tertulis bahawa kata Allah tertulis 2.696 kali dalam Al-Quran, namun dalam kajian moden tentang jiwa, masih sedikit para saintis yang memberikan perhatian terhadap hubungan jiwa dengan nama Allah. Karena itu, yang menjadi bahasan adalah bagaimana pengaruh zikrullah pada manusia menurut sains, baik secara fizik mahupun secara mental. Objektif kajian bermaksud untuk mengetahui proses zikrullah boleh meningkatkan kwaliti mental. Manakala metode kajian ini berdasarkan kepada perpaduan antara data lapangan daripada pengamal zikir di kalangan Tarekat Mufarridiyah dengan data sains pustaka. Diantara dapatan kajian adalah zikir boleh mempengaruhi gelombang otak, getaran jantung, mengaktifkan saraf anak dalam kandungan dan memberi kesan kepada tumbuhan. Hari ini, di kalangan masyarakat terdapat meditasi dalam bentuk gerak dan meditasi bentuk diam. Meditasi dalam bentuk gerak seperti Thai Chi di kalangan masyarakat Cina. Sedangkan meditasi dalam bentuk diam seperti cara duduk yoga di kalangan masyarakat Hindu. Dalam Islam, baik meditasi dalam bentuk gerak atau dalam bentuk diam, keduanya juga diamalkan dengan tambahan zikrullah. Sehingga model meditasi dalam Islam menjadi penggabungan gerak, diam dan zikrullah. Model meditasi tersebut terbukti secara sains efektif untuk mencapai kondisi mental yang stabil. Masyarakat moden dapat menggunakan gelombang zikrullah sebagai solusi penataan mental secara murah dan permanen.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universitas Hasyim Asy'ari, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 520 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|