View Article |
Kejuruteraan genetik menurut perspektif Islam
Nasrul Hisyam Nor Muhamad1, Fauzi Abu @ Husain2, Buerah Tonggak3, Nurul Iman Aminudin4, Faezeah Abdul Ghani5.
Kejuruteraan genetik telah memberi banyak sumbangan dalam perkembangan teknologi terutama dalam bidang bioteknologi, perubatan dan pertanian. Penemuan langkah rawatan yang efektif, pembangunan farmaseutikal dan penemuan vaksin dalam bidang perubatan telah membuktikan kejuruteraan genetik mampu membantu manusia dalam kehidupan. Bidang pertanian pula mengaut keuntungan yang lumayan apabila hasil tanaman dan haiwan ternak membuahkan hasil yang banyak. Peningkatan jumlah pengeluaran ini adalah hasil daripada tumbuhan transgenik, iaitu organisma diubah suai secara genetik (genetically modified organism (GMO)). Terdapat juga makanan yang diubah suai secara genetik (genetically modifed food (GMF)) dan ianya juga boleh meningkatkan tahap nutrisi sesuatu makanan, selain dari pengeluaran produk yang mudah dan meningkatkan hasil produk. Beberapa teknik yang terdapat dalam kejuruteraan genetik ini seperti penggabungan DNA, dan pengklonan pembiakan dan pengklonan terapeutik telah diaplikasikan. Potensi cerah bidang kejuruteraan genetik ini mendorong para saintis barat melakukukan kajian intensif dan mendalam tanpa memikirkan isu etika dan moralnya. Artikel ini membincangkan mengenai kedudukan hukum dan aplikasi kejuruteraan genetik dalam kehidupan khususnya dalam masyarakat Islam. Penulis memfokuskan kepada aplikasi kejuruteraan genetik menurut kaca mata maqasid syariah. Selain itu, turut dibincangkan perkara dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli yang terlibat khususnya para saintis yang menceburi bidang ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 516 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|