View Article |
Penambahbaikan garis panduan dalam prosedur penyerahan lombong kuari bagi jabatan teknikal
Nurul Izzati Tarmizi1, Mohd Nadzri Jaafar2.
Hasil kuari kebanyakannya digunakan dalam sektor pembinaan. Sejak bertahun lamanya, aktiviti kuari telah menjadi salah satu daripada penyumbang utama kepada ekonomi negara dan negeri. Teknologi yang diguna pakai dalam industri ini telah meningkatkan lagi hasil aktiviti kuari dan juga kualiti bahan batuan kuari itu sendiri. Potensi industri ini di Malaysia kemudiannya telah menarik perhatian kebanyakan syarikat luar dan dalam negara untuk turut melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan kuari ini. Permohonan bagi pembangunan kuari ini diproses oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri dengan bantuan jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Minral dan Geosains, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Pihak Berkuasa Tempatan dan beberapa lagi jabatan teknikal lain. Ketiadaan garis panduan yang khusus mengenai pembangunan kuari dalam urusan memberi kelulusan ke atas permohonan kuari menyukarkan lagi pihak terbabit menjalankan tanggungjawab mereka. Garis panduan ini akan ditambahbaik berpandukan akta-akta dan enakmen sedia ada di samping pandangan pegawai jabatan teknikal yang terlibat.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 406 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|