View Article |
Portfolio pelaburan harta tanah: kriteria dalam membuat keputusan pelaburan
Wan Syahira Wan Mamat1, Mohd Nadzri Jaafar2.
Pelaburan harta tanah di seluruh dunia kini dilihat semakin menggalakkan kerana bakal memperolehi pulangan yang tinggi. Namun, pelaburan bakal berhadapan dengan risiko yang tinggi sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya. Bagi menangani permasalahan ini, portfolio perlu diwujudkan bagi setiap pelaburan. Bagi mewujudkan portfolio pula, pelabur haruslah bijak dalam membuat keputusan pelaburan harta tanah. Matlamat kajian adalah untuk mewujudkan portfolio pelaburan harta tanah yang sesuai digunakan oleh PMBK. Objektif kajian pula adalah untuk mengkaji aktiviti-aktiviti pelaburan harta tanah milik kerajaan Negeri Kelantan dan mengkaji semula kriteria-kriteria utama yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan harta tanah. Bagi mencapai objektif ini data pelaburan daripada PMBK dan beberapa anak syarikatnya dikumpulkan dan dianalisis. Berdasarkan kajian, suatu keputusan terhadap kriteria-kriteria utama yang perlu diambil kira dalam pembuatan keputusan pelaburan harta tanah diperolehi.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 421 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|