View Article |
Hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran konstekstual
Siti Shuhaidah Abdul Latir1, Ramlah Hamzah2, Abdullah Mat Rashid3.
Guru yang menggunakan pendekatan pengajaran kontekstual boleh membantu pelajar menguasai subjek sains pertanian secara menyeluruh dan bermakna, dan seterusnya meningkatkan minat pelajar untuk menceburi kerjaya dalam bidang pertanian. Pengetahuan dan sikap guru pula didapati mempengaruhi perlaksanaan guru tehadap pendekatan pengajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Tujuan kajian ini untuk menentukan tahap pengetahuan kontektual guru dan hubungan pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual. Responden kajian ialah daripada kalangan 35 guru sains pertanian yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan. Instrumen kajian telah dibentuk berdasarkan kajian lepas yang berkaitan. Keputusan kajian mendapati guru sains pertanian mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran kontekstual. Terdapat hubungan yang signifikan, r = .667 antara pengetahuan dan sikap guru sains pertanian terhadap pengajaran kontekstual, terdapat hubungan yang signifikan antara sikap r = .523 dan pengetahuan guru sains pertanian, r = .386 dengan kekerapan penggunaan pendekatan pengajaran kontekstual. Kesimpulannya pengetahuan dan sikap adalah dua pemboleh ubah yang menentukan penggunaan pendekatan kontekstual di kalangan guru.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 550 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|