View Article |
Penerimaan teknologi: peranan lokasi sekolah sebagai moderator
Surendran Sankaran1, Norazlinda Saad2.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara efikasi kendiri guru dengan tahap penerimaan teknologi dan peranan variabel lokasi sekolah sebagai moderator. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian ini telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak. Data kajian telah dikumpul daripada sampel seramai 218 orang guru Matematik yang mengajar di SMK harian bandar dan luar bandar dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik kajian ini diadaptasi dari sumber-sumber lain dan mempunyai dengan nilai kepercayaan 0.96. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Regresi Berganda. Analisis kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan tahap penerimaan teknologi. Dapatan menunjukkan variabel lokasi sekolah sebagai moderator telah memberi pengaruh yang signifikan terhadap hubungan antara efikasi kendiri guru dengan tahap penerimaan teknologi. Dapatan ini menjelaskan bahawa interaksi antara lokasi sekolah dengan efikasi kendiri guru perlu diberi penekanan supaya dapat meningkatkan lagi tahap penerimaan teknologi. Dapatan kajian juga telah memberi implikasi yang positif terhadap peningkatan tahap penerimaan teknologi dalam kalangan guru Matematik di sekolah bandar dan luar bandar.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 469 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|