View Article |
Pembinaan indikator kelestarian pendidikan teknikal dan vokasional sekolah menengah harian melalui kajian Delphi
Asnul Dahar Minghat1, Nor Fadila Amin2, Ruhizan M. Yasin3, Ramlee Mustapha4.
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan pandangan panel pakar tentang indikator kelestarian pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) di sekolah menengah harian. Strategi kelestarian pembangunan untuk pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan oleh International centre for technical and vocational education and training (UNEVOC) dijadikan asas dalam pembentukan indikator kelestarian pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia. Seramai 12 orang panel pakar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional pelbagai peringkat dalam negara ini telah terlibat sebagai peserta kajian Delphi. Hasilnya, sebanyak 20 indikator kelestarian pendidikan teknikal dan vokasional telah dikenal pasti. Implikasi kajian yang telah dijalankan menyentuh tentang perlunya indikator kelestarian pendidikan teknikal dan vokasional yang telah dikenal pasti diberi perhatian oleh pihak atau pusat tanggungjawab PTV agar ianya mapan khususnya memenuhi konsep kelestarian dan dalam mencapai visi dan misi negara.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 473 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|