View Article |
Kesediaan pensyarah mentranformasi pentaksiran program prauniversiti: satu analisis faktor
Marziah Mohamad1, Jamil Ahmad2.
Pelaksanaan pentaksiran alternatif di kolej matrikulasi merupakan satu transformasi dalam sistem penilaian pelajar selaras dengan misi Bahagian Matrikulasi ke arah melahirkan modal insan cemerlang. Pensyarah merupakan penggerak utama yang akan menentukan kejayaan pelaksanaan pentaksiran alternatif di kolej matrikulasi. Oleh itu, kesediaan pensyarah melaksanakan pentaksiran alternatif merupakan satu elemen penting yang perlu dikenal pasti sebelum pentaksiran alternatif dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kerangka konsep kajian dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 item yang akan mengukur lima konstruk utama yang ditetapkan. Analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis faktor konfirmasi (CFA) dijalankan dalam kajian ini. Kesediaan pensyarah melaksanakan pentaksiran alternatif dapat diukur melalui pengetahuan terhadap amalan pentaksiran bilik darjah, kesedaran terhadap kepelbagaian pelajar, refleksi, motivasi dan pengurusan rekod. Sampel kajian ini terdiri daripada 453 orang pensyarah lelaki dan perempuan dengan julat pengalaman mengajar antara 1-13 tahun di kolej matrikulasi dan mengajar subjek yang berbeza. Dapatan analisis CFA mendapati model yang digunakan dapat mengukur tahap kesediaan pensyarah melaksanakan pentaksiran alternatif dengan nilai kebolehpercayaan setiap konstruk antara 0.78 hingga 0.86
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 445 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|