View Article |
Perspektif kualitatif guru terhadap perlaksanaan amalan pentaksiran dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif
Marzni Mohamed Mokhtar1, Roselan Baki2, Fadzilah Abd Rahman3.
Pencapaian sesebuah objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mampu dilaksanakan dengan berkesan sekiranya proses penaksiran dalam pendidikan diberikan perhatian sewajarnya oleh guru. Hal ini demikian kerana dalam konteks pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif, tuntutan untuk menaksir karangan yang dihasilkan oleh murid amat kompleks sifatnya memandangkan penulisan karangan ini memerlukan penyataan fakta yang relevan dan huraian yang mantap bagi menyokong sebarang hujah yang dipaparkan oleh murid selain daripada mengelakkan timbulnya sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Justeru, guru perlu melengkapkan diri sebagai individu yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang kompeten berkaitan proses penaksiran yang bakal dilangsungkan. Menyedari akan timbulnya kesenjangan yang berkaitan dalam isu penaksiran, tujuan kajian yang dilaksanakan adalah untuk meneliti perspektif guru terhadap amalan penaksiran yang diamalkan dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif yang diaplikasikan oleh guru bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah. Pemilihan reka bentuk penyelidikan kualitatif dilihat sangat signifikan dalam menjana kefahaman yang lebih jelas dan mendalam berkaitan cara amalan penaksiran karangan diaplikasikan di sekolah dalam kalangan peserta kajian. Pengumpulan data kajian daripada enam guru bahasa Melayu yang direkrut sebagai peserta kajian telah dilakukan dengan menggunakan teknik pengumpulan data berbentuk temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen. Antara tema yang dapat dibentuk menerusi dapatan kajian telah menunjukkan kecenderungan peserta kajian melakukan persediaan guru bagi menjamin keberkesanan proses penaksiran, prosedur penaksiran karangan dan pendekatan proses penaksiran.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 472 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|