View Article |
Persepsi guru pembimbing terhadap kemahiran generik guru-guru pelatih UTM
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria1, Meor Ibrahim Kamaruddin2, Mohd Ali Ibrahim3, Abdul Razak Idris4.
Kemahiran generik amat penting bagi membolehkan guru melaksanakan tugas harian mereka di sekolah. Kajian ini dilakukan bagi meninjau persepsi guru pembimbing terhadap kemahiran generik guru pelatih semasa mereka menjalani latihan mengajar di sekolah. Kajian ini dijalankan ke atas 77 orang guru pembimbing yang terlibat dalam membantu guru pelatih semasa di latihan sekolah. Kajian ini dilakukan secara rawak di seluruh Negeri Johor. Instrumen berbentuk soal selidik telah dibina dan instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan alfa 0.97. Hasil kajian mendapati persepsi guru terhadap kemahiran generik guru-guru pelatih UTM berada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 4.196. Soal selidik ini juga mendapati min bagi kemahiran Berkomunikasi adalah 4.043, Kemahiran Berpasukan 4.301, kemahiran Penyelesaian Masalah 3.679, kemahiran penyesuaian Diri 4.496, kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat 4.210, Keyakinan Diri 4.099 dan kemahiran beretika 4.543. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pelatih berasaskan min persepsi guru. Kertas ini juga turut membincangkan hubungan antara min persepsi guru dengan purata markah yang diperoleh oleh guru pelatih. Walaupun begitu dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa hubungan antara persepsi guru pembimbing dan markah yang diberikan kepada guru pelatih adalah sangat lemah iaitu dengan korelasi 0.045. Beberapa cadangan turut dibincangkan menerusi kertas ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 442 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|