View Article |
Motivasi sebagai ‘mediator’ antara proses pengajaran dan bimbingan guru dengan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar: satu kajian menggunakan ‘model SEM/AMOS'
Muhamad Suhaimi Taat1, Mohd Yusof Abdullah2, Roslee Talip3.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menguji variabel motivasi sebagai variabel mediator yang sesuai antara proses pengajaran dan bimbingan guru dengan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar sekolah menengah di Sabah. Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengaruh variabel-variabel eksogenus terhadap variabel endogenus kajian berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar). Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 407 orang pelajar dari kawasan bandar (205 orang) dan luar bandar (202 orang). Kajian ini merujuk kepada Model Keupayaan Belajar Sendiri (Borkowski & Dukewich, 1996) sebagai model asas kerangka kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan analisis laluan (path analisis/SEM) dengan perisian AMOS Versi 4. Dapatan utama kajian menunjukkan motivasi merupakan variabel mediator yang sesuai antara variabel proses pengajaran dan bimbingan dengan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian munasabah bagi model regresi yang dicadangkan. Justeru membuktikan kedua-dua variabel bebas tersebut mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu pembelajaran terarah kendiri (PTK). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 461 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|