View Article |
Tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan
Rahimah Jamaluddin1, Rosini Abu2, Abdullah Mat Rashid3, Habsah Ismail4.
Di peringkat sekolah menengah, pengajaran kekeluargaan merupakan sub topik dalam lima mata pelajaran iaitu dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPK), Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta Pendidikan Islam. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan khususnya dalam kalangan guru yang pelbagai pengkhususan. Seramai 419 orang guru yang mengajar di 50 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia terpilih sebagai responden kajian. Data diperolehi menggunakan instrumen “Teacher Sense of Efficacy Scale” (TSES) yang dibina oleh Tschannen Moran dan Woolfolk Hoy (2001). Terdapat tiga aspek efikasi kendiri guru yang dikaji iaitu efikasi dalam aspek strategi pengajaran, aspek pengurusan bilik darjah dan aspek penglibatan murid. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang diperolehi adalah antara 6.14 hingga 6.59 bagi efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan dan tiga sub-skalanya. Analisis julat antara kuartil pula menunjukkan secara keseluruhannya efikasi kendiri guru dalam melaksanakan pengajaran kekeluargaan berada di tahap sederhana. Efikasi kendiri guru dalam aspek strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan penglibatan murid juga berada di tahap sederhana. Perbincangan dan cadangan untuk meningkatkan efikasi pengajaran kekeluargaan turut dihuraikan.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 539 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|