View Article |
Hubungan pengurusan sistem sekolah kualiti dengan produktiviti guru
Abd Rahim Abdul Rahman1, Khadijah Daud2.
Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dengan kualiti dan produktiviti guru. Seramai 56 orang pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, GPK Kurikulum, GPK HEM dan GPK Kokurikulum dari 14 buah sekolah rendah rintis daerah Johor Bahru telah terlibat. Penyelidik telah menggunakan data dari Laporan Rumusan Verifikasi SPSK Tahun 2011 untuk melihat tahap amalan SPSK manakala tahap kualiti dan produktiviti guru pula adalah menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh Rahmah (1997) sebagai instrumen kajian. Dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan SPSK yang sangat tinggi dengan aspek yang paling dominan ialah Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid, Pengurusan Peperiksaan dan Pengurusan Panitia manakala tahap amalan kualiti dan produktiviti guru pula yang paling dominan ialah Personaliti, Pengetahuan, Kemahiran dan Kepimpinan. Analisis korelasi juga mengesahkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap amalan SPSK dengan tahap kualiti dan produktiviti guru.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 548 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|