View Article |
Saluran maklumat akademik pelajar tahun akhir
Abdul Razak Idris1, Oh, Geok Bee2, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria3.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis saluran maklumat yang digunakan oleh pelajar IPT tahun akhir untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan keperluan akademik, faktor pemilihan saluran maklumat tersebut dan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan dalam proses mendapatkan maklumat melalui saluran tersebut. Seramai 102 pelajar pendidikan tahun akhir telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik dengan Alpha Croanbach 0.949 telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian. Saluran maklumat yang telah dikaji iaitu Internet, Wikipedia, blog, komunikasi elektronik, perpustakaan, pensyarah, pakar, rakan, pangkalan data elektronik, bahan bercetak dan rangkaian sosial. Hasil kajian ini telah menunjukkan Internet ialah pilihan utama untuk mendapatkan maklumat akademik kerana maklumat dapat diperoleh dengan cepat diperolehi dan senang diakses. Rangkaian sosial adalah saluran maklumat akademik yang paling kurang popular kerana maklumatnya berkualiti rendah dan maklumatnya kurang berkaitan dengan keperluan. Bagaimanapun saluran maklumat tradisional seperti perpustakaaan dan pangkalan data elektronik masih lagi termasuk dalam keutamaan pelajar kerana isu kualiti dan kredibiliti maklumat masih menjadi keutamaan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 400 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|