View Article |
Amalan kepimpinan lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang menerima tawaran baru di daerah Segamat
Supian Hashim1, Khadijah Daud2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan lestari (sustainable leadership) guru besar dengan tahap prestasi kerja guru di sekolah rendah yang menerima tawaran baru atau bi’ah (new deal) di daerah Segamat, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 204 orang guru daripada sebelas buah sekolah rendah yang kesemuanya menerima pencalonan tawaran baru (new deal). Kajian rintis yang telah dijalankan terhadap 50 orang guru mencatatkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach’s bagi setiap konstruk antara 0.80 hingga 0.93. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala likert menjadi instrument utama kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah segamat berada pada tahap sederhana kerap dengan nilai skor min 3.7682 manakala prestasi kerja berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.0794. Berdasarkan hasil kajian, bolehlah dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari dengan tahap prestasi kerja guru. Implikasi dan beberapa cadangan penambahbaikan dalam amalan kepimpinan lestari untuk kajian lanjutan turut dikemukakan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 445 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|