View Article |
Kesahan ujian spesifik sukan bola sepak dalam kalangan pemain lelaki berumur 14 dan 15 tahun
Muhamad Hafiz Ismail1, Ahmad Hashim2.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan kesahan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak dalam kalangan pelajar lelaki berumur 14 dan 15 tahun. Kajian ini dilaksanakan terhadap dua pasukan bola sepak iaitu pasukan elit dan pasukan bukan elit. Pasukan bola sepak bawah 15 tahun dari Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebagai pasukan elit dan pasukan bola sepak bawah 15 tahun dari sebuah sekolah menengah harian biasa sebagai pasukan bukan elit. Seramai 20 orang pemain dari setiap pasukan dipilih sebagai sampel kajian. Hasil analisis menggunakan kaedah Ujian-t Sampel Tidak Bersandar menunjukkan bahawa nilai t (38) = 4.699, p = .000 adalah signifikan. Keputusan analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Menimang Bola, di antara pemain bola sepak elit (M = 83.500, SD = 31.049) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 41.600, SD = 25.025).Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Hantaran Dekat, di antara pemain bola sepak elit (M = 15.350, SD = 3.065) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 10.350, SD = 4.004). Bagi Ujian Hantaran Jauh, analisis turut menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 5.900, SD = 2.404) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.400, SD = 2.604). Manakala bagi Ujian Menggelecek analisis menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 19.774, SD = 1.370) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 21.838, SD = 3.428). Keputusan analisis juga menunjukkan terdapat perbezaan skor Ujian Menjaring, di antara pemain bola sepak sepak elit (M = 4.800, SD = 2.042) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 3.100, SD = 1.804). Bagi keputusan skor keseluruhan Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor di antara pemain bola sepak elit (M = 274.011, SD = 20.098) dengan pemain bola sepak bukan elit (M = 225.943, SD = 29.732) yang berumur 14 hingga 15 tahun. Dapatan kajian yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan pemain elit dan bukan elit mengesahkan bahawa Ujian Spesifik Sukan Bola Sepak bersesuaian digunakan untuk mengukur kemahiran dalam bola sepak bagi pemain berumur 14 dan 15 tahun.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 384 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|