View Article |
Perbandingan kualiti aroma antara perisa serupa gula kabung dan gula kabung tradisional
Ho, C.W1, Wan Aida, W.M2, Maskat, M.Y3, Osman, H4.
Perbandingan sebatian aroma perisa serupa gula kabung yang diperolehi melalui tindak balas Maillard dan gula kabung tradisional ditentukan menggunakan analisis kromatografi gas. Sampel disimpan selama lapan minggu pada suhu bilik. Secara keseluruhan, aroma perisa serupa gula kabung menunjukkan kepekatan sebatian impak cirian yang lebih tinggi berbanding gula kabung tradisional sepanjang lapan minggu tempoh penyimpanan. Perubahan yang signifikan (p<0.05) terhadap kepekatan sebatian aroma diperolehi pada minggu kelima penyimpanan pada kedua-dua sampel. Sebatian 2-Etil-3,5-dimetil pirazina (EDMP), 2,3-dietil-5-metil pirazina (DEMP), 5-metil-6,7-dihidro-5H-siklopentapirazina (SPP) dan furaneol merupakan sebatian impak cirian utama yang bertanggungjawab terhadap perubahan kualiti aroma dan penerimaan perisa serupa gula kabung.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|