Pemilihan buku teks mata pelajaran Kesusasteraan Melayu berasaskan teori sosial
Siti Khariah Binti Mohd Zubir1.
Masalah pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia bukan lagi satu perkara baru. Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah bertahun-tahun menjadi satu mata pelajaran pilihan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mata pelajaran ini disogokkan kepada pelajar ‘yang tidak ada’ mata pelajaran yang lain untuk diambil dalam peperiksaan. Buku teks Kesusasteraan Melayu terlalu banyak, iaitu lima buah buku digunakan bagi pelajar tingkatan empat dan lima. Perkara ini menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Sementara bahasa yang digunakan dalam buku teks itu agak tinggi menjadikan pelajar kurang faham dengan isi kandungannya. Biasanya pelajar yang mengambil mata pelajaran ini ialah pelajar yang lemah dan kadangkala tidak boleh membaca dengan lancar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria dan kesesuaian teks Kesusasteraan Melayu dengan kurikulum pengajaran dan pembelajaran.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 420 time(s))