Strategi terjemahan literal dalam komunikasi lisan pelajar pusat bahasa Jepun
Muhammad Alif Redzuan1, Normaliza Abd Rahim2, Jusang Bolong3, Zaid Mohd Zain4.
Kajian ini memberi fokus dalam aktiviti perbincangan berpasangan oleh pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa asing di Pusat Bahasa Jepun Institut Perindustrian Malaysia – Jepun. Pelajar yang terlibat mengalami proses pembelajaran bahasa Jepun selama lapan bulan sebelum menjalani latihan perindustrian selama tiga tahun di Jepun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan strategi terjemahan literal bagi mengatasi masalah komunikasi dalam interaksi mereka. Responden kajian terdiri daripada 8 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun tahap tinggi. Instrumen kajian terdiri daripada rakaman video dan audio perbincangan berpasangan yang digunakan untuk mengenal pasti strategi terjemahan literal. Kajian ini dilakukan selama 10 jam dalam masa seminggu. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan Taksonomi Strategi Komunikasi. Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi terjemahan literal memberi manfaat kepada responden untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat bertumpu kepada strategi terjemahan literal dalam pengucapan awam pelajar bahasa Jepun.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 453 time(s))