Simile sebagai kesantunan berbahasa dalam Syair Siti Zubaidah
Nazri Bin Atoh1, Zubir Bin Idris2.
Masyarakat Melayu terkenal dengan budaya ketimuran. Masyarakat ini menyampaikan sesuatu makna dengan cara berkias bersesuaian dengan kesantunan mereka dalam berbahasa. Antara cara masyarakat ini menyampaikan makna adalah dengan menggunakan gaya bahasa simile. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan semiotik untuk menganalisis gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah. Analisis mendapati bahawa gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan perkataan dan tanda yang mempunyai hubungan dengan persekitaran masyarakat ini. Selain itu, ungkapan yang mengandungi gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah merupakan contoh kesantunan dalam berbahasa kerana pemilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan keadaan.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 424 time(s))