World-view dan sistem politik masyarakat Melayu: penelitian terhadap cerita rakyat Melayu
Roslina Abu Bakar1, Arba’ie Sujud2.
Artikel ini menumpukan penelitian terhadap cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh menerusi penglipur lara negeri Johor iaitu Penglipur lara Ali Badron bin Haji Sabor. Fokus penulisan artikel ini adalah berkaitan dengan world-view dan sistem politik masyarakat Melayu. Keseluruhan penelitian ini bersandar kepada aspek world-view yang merupakan kesatuan kepada tradisi nilai dan budaya bagi sesebuah masyarakat. Ia dikenal pasti menerusi perlakuan individu atau ahli masyarakatnya yang digambarkan menerusi watak dan perwatakan dalam cerita rakyat Melayu. Penulisan ini turut merungkai world-view dan sistem politik masyarakat Melayu yang menjurus kepada penjelasan mengenai stratifikasi tertinggi iaitu raja. Raja adalah ketua yang memerintah sesebuah negeri atau negara, diikuti oleh para pembesar yang membantu raja mentadbir negeri atau negara, manakala rakyat jelata pula merupakan paling rendah kedudukannya dalam hierarki sosial. Penulisan artikel ini diharapkan dapat memaparkan hubung kait ketamadunan tradisional dengan pembinaan negara moden. Penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita berupaya membawa khalayak memahami kepentingan raja dalam sesebuah negara, tugas para pembesar dan kedudukan rakyat jelata sebagai golongan terendah dalam hierarki sosial.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 369 time(s))