Unsur haiwan dalam peribahasa masyarakat asli suku kaum Semai
Abu Hassan Abdul1, Mohd. Rasdi Saamah2.
Kajian ini dilaksanakan untuk meneliti peribahasa yang berunsurkan haiwan yang terdapat dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual terhadap lima orang responden dan ulasannya dibuat berlandaskan penyesuaian terhadap kerangka etnografi komunikasi yang dikemukakan oleh Dell Hymes (1972) dengan memberi fokus kepada empat perkara pokok, iaitu huraian situasi, pemakaian, struktur dan fungsi aktiviti sesuatu pertuturan tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Orang Asli suku kaum Semai banyak berunsurkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan mereka seharian. Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dikaji merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum tersebut. Kajian ini penting untuk memberikan pemahaman kepada golongan masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kelompok tersebut sebagai salah satu objektif untuk merapatkan jurang sosio-budaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kajian ini juga sebagai landasan untuk kajian-kajian lanjut mengenai bahasa sukuan lain yang terdapat di negara ini.
Affiliation:
- Not Indicated, Not Indicated
- Not Indicated, Not Indicated
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 399 time(s))